? ??????????????Leopard? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2054 Total Grabs. ??????Previe
w?? | ??Get the Code?? ?? ?????Awww The Little Puppy? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2178 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, December 30, 2008

Buat Renungan Tahun Baru

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat... Tpi, byk pula dugaan yang datang..
Kadang2 kita minta cerdik, tapi, masalah pula yang bertandang...
kadang2 kta minta kebahagiaan, tetapi, huru hara pula menjelang...
Dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru hara menjadikan kita tabah...
SUBHANALLAH.. Betapa Hebatnya ALLAH itu.... semuanya ada hikmah..
Kalau lah manusia tahu hadis ini.. " Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau smpaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman : " Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya"..... - Anas ibn Malik r.a

Sunday, December 28, 2008

Awal Muharram


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan salah satu daripada hari yang terpenting bagi seluruh umat Islam. Sambutan ini diadakan bagi memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. daripada Mekah ke Madinah.
Setiap kali datangnya tahun baru, macam2 jenis azam dan cita2 yang terhasil bagi setiap individu. Bagi saya, membuat sesuatu hajat atau azam itu memanglah senang. Tapi nak melaksanakannya bukanlah satu kerja yang senang (bergantung pada azam yang dibuat gaklah). Jadi, pada tahun ni saya berazam untuk capaikan dulu azam2 tahun2 sebelumnya.
Harap2nya dengan izin Allah saya akan berjaya mencapainya.
Kepada semua umat Islam seluruh dunia, Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah. Sama2lah kita berhijrah ke arah kebaikan.

Tuesday, December 23, 2008

Lawatan Ke PDK (Pusat Didikan dalam Komuniti)



Pagi semalam saya (S/N Aziah, S/N Norizan, DSA Fadilawati, DSA Norhasniza, PPK Iwan and Che Roni). It was a short trip but very meaningful to us. Rasa insaf sekejap bila bersama-sama ngan kanak2 istimewa nih. Actually PDK (Pusat Latihan Dalam Komuniti) ni quite baru. Baru je setahun jagung diwujudkan. We have 4 PDK here in Machang (PDK Insani Kg Raja, PDK Bandar Machang, PDK Pulai Chondong and PDK Temangan). Trip ke PDK ni menjadi salah satu daripada tugas dan tanggungjawab gaklah as a dental staf. Memang diarahkan untuk pergi.



'Dental examination session'



Sesi LMG (Latihan Memberus Gigi)

Friday, December 19, 2008

wireless internet

Akhirnya impian menjadi kenyataan. Rasanya cam baru je semalam dok bercakap2 ngan Ipah and Mek Yah pasal plan nak masukkan streamyx wireless kat rumah Pasir Puteh. Jeng2...hari ni dengan rasminye wireless internet telah dapat dinikmati oleh penghuni2 160-c Jalan Manan dengan sepenuhnya. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak curi guna wireless ni bolehlah berada dalam kawasan liputan...lebih kurang 100m kot. Tapi jangan lupa mintak passwordnya daripada tuan empunya...hehe...

Saturday, December 13, 2008

Hari Raya Haji.....

Walaupun suasana Hari Raya Haji tidaklah semeriah Hari Raya Puasa, tapi yang pentingnya semua ahli keluarga dapat berkumpul dan bertemu muka sesama mereka. Tahun ni saya telah menjalankan ibadat korban di rumah Ma di Pasir Puteh. Memandangkan tiada sesiapa yang beraya di rumah Ma di Pulai Chondong, saya dan hubby telah mengambil keputusan untuk menunaikan sembahyang hari raya di sana. Kemudian, kami telah bergegas pulang ke Pasir Puteh.

Persedian sebelum lembu disembelih....ma mengambil daun pisang, digunakan untuk kerja2 memotong daging nanti


Masa menunggu sebelum lembu disembelih

Umar pun join sekali

dua sekawan...my youngest brother, Fadhli aka Ucu(baju hitam)and my cousin, Farhan aka adik (baju merah). Farhan ni Mak Long punye youngest son sebab tu dipanggil adik. Both of them mmg rapat sejak kecil lagi.


Saat penyembelihan lembu

Kerja2 memotong daging

Pembahagian daging dijalankan. Daging perlulah dibahagi kepada tiga bahagian, satu bahagian dimakan dan dua bahagian lagi disedekahkan.

Acara membakar daging

Thursday, December 11, 2008

Alhamdulillah......

Alhamdulillah...my sis akhirnya bertunang juga. Majlis yang serba ringkas telah berlangsung dua hari sebelum hari raya haji. Seronok gak sekali sekala ada majlis kat rumah. Walaupun tak ajak ramai org tapi beberapa keluarga terdekat datang
seperti Mek & Tok Ayah Gong Kemuning, Ayah Ngah ngan Mek Melor.
Mek Gong Kemuning dan Mek Melor asyik bersembang bila jumpa sekali sekala

Tok ayah tengah beristirehat sambil tunggu rombongan sampai


Umar sempat lagi tu main games favourite....hamsterball.


Upacara menyarung cincin. Disebabkan my sis pun baru je sampai hari tu..so, tak sempat nak tukar baju lawa2 sket.hehe

Monday, December 8, 2008

PESTA PAYUNG

Satu pesta koleksi payung ma telah diadakan di rumah. saje je..ma menunjukkan koleksi2 payung dia



Imah pun join sekali....

Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDILADHA

Seperti biasa, bila orang lain tengah bergembira sekeluarga membuat persiapan untuk hari raya Aidiladha, saya masih lagi tekun bekerja..hehe...bukannya apa, dah ditakdirkan untuk saya bertugas atas panggilan (oncall) hari ni (sehari sebelum raya). So, mana boleh amik leave hari ni. Tapi saya tak kisah....Alhamdulillah tak kena oncall masa raya. Jadi bolehlah saya beraya dengan tenang...hehe.
Tahun ni saya menunaikan korban di Pasir Puteh bersama-sama my mum, my mak long and my cousins. Saya dan hubby akan menunaikan solat aidiladha di Pulai Chondong dan selepas itu akan bergegas ke Pasir Puteh untuk korban. Kalau tak sempat, Sis Ipah...saya wakilkan kat awak sajalah...hehe...
Congrats to Ipah atas berita gembira tu...paham2 jelah...kalu tak paham pun buat2 paham je. Ramai ni tengah tunggu nak boo sebab tak cakap ngan diaorg...hehe...Ye tak Na?...Tapi...apa pun..Alhamdulillah sumenya dah settle. Cuma menunggu hari je lagi.
Kat luar sekarang ni hujan tengah turun dgn lebatnya. Ingatkan musim banjir dah over bila yesterday and the day before cuaca agak memberangsangkan untuk membasuh kain. Nampaknya beraya dalam hujanlah tahun ni...Apa pun SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada sume umat Islam di seluruh dunia.

p/s: takziah kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Tuesday, December 2, 2008

Aina's Tag

Who was the last girl you talked to?

** Sis Ipah (melalui phone)


Who was the last guy you talked to?
** My hubbylah...sape lagi :)



How do you handle stress?
** Try buat benda lain yang boleh lupakan stress tu. Contohnya main games ko..hehe



Do you think best friends can be replaced?
** depends on situation :)



Who was the last person did u call?
** my hubby. Mintak tolong dia belikan lunch.hehe



What does the oldest text message in ur inbox say?
** " .... balik hari apa minggu ni?" from my mum



What was the last song you sang out loud?
** Lagu 'Gigi Warisan Kita' kat last perhimpunan penyayang pergigian (2 yrs ago kot)


Who was the last person to message you?
** My staff..." Dr, saya nak mtk EL (emergency leave) hari ni".....pagi2 lagi telefon dah berbunyi.



What time did u go to bed last night?
** 11.00 ...hubby nak tidur awal..dia nak bangun tgk bola kul 4 lak



What book are you reading recently?
** Novel...'Ayat-ayat Cinta'



Who gives you the best advise?
** my hubbylah biasanya yang suka bagi khutbah..hehe.tapi berkesan gak..hehe



Do you eat whipped cream straight from the can?
** jarang pun makan whipped cream



What was the last thing to make you laugh?
** Tgk umar main games laptop ngan imah dengan bahasa francenya.



What is the color of your room?
** putih....rumah sewa....nanti tuan rumah marah.hehe



Do you believe in the saying "talk is cheap"?
** depend pada apa yang dipercakapkan. If benda yang baik, oklah. kalau tak...better be quite jelah daripada bercakap...



What are you listening to right now?
** keluh kesah student nurse dok jawab soalan (tgh jaga pekse sebenarnya ni)


Are you talking to anyone while doing this?
** no.mana boleh cakap masa exam...ada YM ngan Na aja


What always makes u smile?
** i smile when everyone i love smile



Are you blond?
** no...perempuan melayu sejati rambutnya hitam...hehe



What are you doing after this?
** treat patientlah..apa lagi.



Were you happy when you woke up today?
** may be



Last person you ate with?
** my hubby



What were you doing at 8.00 this morning?
** have breakfast with Jehan and Fizah kat pantry clinic



What were you doing in last 30 minutes?
** edarkan kertas soalan dan kertas jawapan pada student yang amik exam



What was something that happened to you in 1998?
** tak ingat dahlah....hehe



If you were stranded on an island with the person you hated and without food
** adalah hikmah disebaliknya tu......



When someone catches your eyes, do you try to make an eye contact or avoid it?
** tak berani main2 mata...hehe. except for my hubby jelah.



What color is your comp/laptop?
** black



What was the last thing you bought?
** mee goreng kat kantin pagi tadi. Terliur punya pasal.Tapi makannya sket aja



How do you know when ur in love?
** susah nak explain...you'll know by yourself



The person you want to tag to do this thing? - same with the entry before.. :)
- ipah
- my hubby

Wednesday, November 26, 2008

KL-Day 2

Rasa mcm dah lama tak update blog ni. Dahlah tinggalkan cite tergantung. Sebenarnya, seminggu dua kebelakangan ni saya agak sibuk sikit dengan kerja2 & aktiviti2 di klinik. Maklumlah, akhir2 tahun ni banyak benda yang kena disettlekan. Ini termasuklah sekali ngan kursus2 yang perlu saya hadiri.....


Gambar masa gi jalan2 beramai2 kat One Utama

The 3 stooges....hehe

Thursday, November 20, 2008

KL - Day 1

Pagi-pagi lagi nak bangun sebab nak kena buat preparation untuk makan2 kat umah Kak Sya. Quite seronok bila sume berkumpul ramai-ramai kat dapur siapkan makanan untuk kenduri.

Gambar ni diambil lepas dah habis aktiviti masak-memasak. (Dari kiri : Adik Aida, Nur, saya & Kak Sya)


Antara tetamu yang hadir

Monday, November 17, 2008

KL - travelling day

Last minute decision....dah lama dah sebenarnya saya tak keluar daripada Kelate. In other words...gi berjalan-jalan. Last time was a few months ago...gi family holiday trip kat Cameron Highland hari tu. So, bila Kak Sya call invite kami ke rumah dia (ada buat makan2), kami setuju jelah. Boleh gak cuti relaks2. Lama dah saya tak cuti. Cuti banyak lagi. Berbalik kepada trip ke kl tadi...kami pergi kl ngan flight. last minute punya booking gak...nasib baik ada tambang yang murah lagi. Thanks to sis Nur for booking our flight ticket. Tu pun dapat ticket hari Jumaat malam. Ticket Khamis malam dah naik harga...hehe. Kebetulan pulak, ma & abah nak hantar Syakir balik kl gak Jumaat malam tu. So, kira convoi sekalilah. Kami amik flight malam...around 9.40 pm. We arrive at LCCT KLIA at about 10.40 pm. Perjalanan yang singkat tapi begitu relaks sekali. Just imagine if we choose to go by car....hehe... Abg Ngah fetched us at terminal. From LCCT to his house is about 30-45 minutes. First, we dropped Syakir at his house. Sampai aja kat rumah Kak Sya, Adik Aida tgh siapkan 'supper'utk kami....murtabak, nasi, telur mata kerbau dan ikan bilis goreng. Thanx to Chef Aida sebab kami sememangnya lapar sebab tak sempat nak dinner before naik flight.

To be continue.....

Wednesday, November 5, 2008

Charlottes Web


Malam tadi tengok cite ni, sambil2 dok relaks menunggu on-call. Cerita macamana one spider ni bersusah payah tunaikan janji yang dia buat kat baby pig ni. Ending dia agak menyedihkan tapi maksud yang cuba disampaikan tu agak menarik dan bermakna. For my sis....Ipah & Yah...both of you should watch this movie. (sebab pasal binatang peliharaan awak berdua...hehe).

Monday, November 3, 2008

Ujian Allah



Kalau dulu org selalu tanya, BILA NAK KAWIN. Sekarang bila dah kawin org selalu tanya BILA LAK NAK ADA BABY. Mungkin kalau orang tengok saya, mesti cakap saya macam tak berharap je nak baby sebab saya macam tak kisah. Tapi hakikatnya, hanya Allah yang tahu. Setiap yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya. So, for those yang dah ada anak, bersyukurlah dengan kurniaan yang telah Allah bagi tu. Mintak tolong sama2lah berdoa agar saya cepat2 dapat baby. Amin....

Sunday, November 2, 2008

Our Bread & Butter....


Working Day!!!Sekejap je rasanya cuti minggu. Tak sempat nak buat apa. Tup2 dah start keje balik dah. Pagi ni buat extraction kat SK Chung Hwa, Temangan. Patientnya 3 orang je, tapi amik masa gak dengan sesi airmatanya, sesi pujuk memujuknya. At the end, hanya 2 orang je yang boleh dicabut. Most of us memang ada phobia ngan dentist especially kids. Kalau tak banyak pun mesti ada sket. Sometimes, most people anggap dentist ni kejenye cabut gigi je, tapi sebenarnya banyak lagi skop keje yang kami buat. Ingat kitaorg suka sangat ke extract gigi orang ni. Tambah2 if dapat gigi yang orang kata memang tak nampak rupa giginya. Ditambah lak ngan patient yang uncooperative. Memang rasa frustrated and exhausted. Well, what to do, it's our bread and butter.Sometimes ada gak patient yang nak ikut kehendak dia je. Macam dia je yang jadi doktornya. As for me, between doctor and patient.....we must have give and take. Macam kawin gak (nanti akan dibincangkan kemudian hari). Doktor kena dengar rintihan dan keluhan pesakit and pesakit gak kena dengar advice yang diberikan oleh doktor...sebab dia doktor. Barulah hidup aman bahagia..hehe....

Friday, October 31, 2008

Sony DSC-W300


Inilah dia camera cybershot sony DSC-W300. Kecik je. Memang sesuai dan senang untuk dibawa kemana2 sahaja. Kelebihan:
-Full HD image 1080
-ada smile shutte
-13.6 Mega Pixel
-dsbnya (cuba baru tau)

Thursday, October 30, 2008

New Look & New Hope...

What had happen to my blog!!! Disebabkan tanganku yang gatal ni...blog saya dah bertukar wajah. My previous chatterbox had gone. Try upload balik beberapa kali...tapi failed. I'm give up!! So, guys...for awhile, we have to use another style of cbox. apa-apalah...asal ada.
Yahoo!!!Tommorrow is Friday. Friday means no dentures, no fillings, no extracting, no scaling and of course NO WORKING! My annual leave pun banyak lagi ni. Tah bilalah nak amik.
Last night, we (hubby & me) went to Tesco KB. Cuba teka apa yang kitaorg buat. My hubby belanja makan kat newly openned fast food in town....apa lagi kalau bukan Kenny Rogers. Kira macam dating dinnerlah ni. Ramai betul orang. May be sebab baru bukak kot.After that, we all gi window shopping kat KB Mall. Dah alang-alang datang KB. And....quess what!! Saya telah membeli sebuah digital camera (lepas dikempen oleh sorang salesgirl kat Kedai Sony). Actually dah lama dah teringin nak beli digital camera ni...

Monday, October 27, 2008

NASI AYAM

nasi ayam

Dalam banyak2 nasi ayam yang saya pernah makan, nasi ayam yang mak saya buatlah yang paling sedap. Hari ni, disebabkan semua ada berkumpul di rumah, ma dengan bertungkus
lumusnya telah menyediakan nasi ayam yang sedap tu.
Cara2 nak sediakannya mudah je. Mula-mula renehkan air dengan bawang putih dengan halia. Banyak mana tu kena pandai2 agaklah dengan ayam yang ada. Air tu lebih sket pun takpe sebab kita nak guna untuk buat nasi dan sup, tapi jangan terover lebih lak. Pastu masukkan ayam yang dah siap dicuci dan dipotong dalam air renehan tadi. Biarkan sehingga mendidih dan ayam masak. Kalau nak buat nasi ayam, kulit ayam tak
perlu dibuang masa cuci dan potong ayam.
Lepas dah masak toskan ayam. Gaul ayam tadi dengan kicap, sos tiram, halia dan bawang putih (yang dah ditumbuk atau dikisar halus) secukup rasa. Garam jangan lupa! Gaul sebati dan peraplah ayam tu selama 1/2 - 1 jam. Kalau tak nak perap pun tak pe. Boleh je goreng terus sampai garing.



Untuk nasi, tumis hingga naik bau rempah-ratus('kakah kasar'-bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dll).Jangan banyak sangat. Pastu masukkan dalam nasi yang dah dibasuh cuci. masukkan separuh daripada air lebihan rebusan ayam tadi. Masak nasi macam biasa. Kalau nak kuning, masukkan pewarna kuning sedikit. Juga jangan lupa masukkan garam sikit.

Untuk sup, renehkan air lebihan rebusan yang separuh lagi dengan ayam (biasanya amik kaki ayam je). Masukkan gak rempah sup dan garam secukup rasa. Bila nak hidang taburkan daun bawang dan bawang goreng dalam sup.






Untuk air lada (pencicah cili), kisar cili merah dengan cuka, sedikit halia dan bawang putih. Kalau pekat masukkan air masak sedikit. Tambah gula dan garam secukup rasa.






Untuk pencicah kicap, tumis bawang besar (bombay onion) hingga kuning. kemudian masukkan kicap manis. tambah garam secukup rasa. Kalau dah masin tak payah tambah pun takpe.

Thursday, October 23, 2008



Baru je lepas tengok cite ngan my mum in law sama ngan my nephew(Syakir). Selalunya tambah lagi sorang penonton, my sis in law (Nor). Tapi dia oncall tonight. Cerita ni kira okeylah. Salah satu cerita hantu melayu yang aku rasa berjaya dan okeylah berbanding cite-cite hantu melayu lain. Disebabkan kami berempat peminat setia cerita ni and dah booking awal-awal remote control, so kalau ada football match, terpaksalah my hubby gi tengok favourite channel dia tu kat kedai.hehe...tapi rasanya malam ni takde bola.

Wednesday, October 22, 2008

HOBBIES

Sume orang mesti ada hobi mereka masing-masing.Tanpa hobi, hidup pun mesti rasa boring. Tak caya, cubalah stop buat benda yang kita suka buat dalam masa seminggu. Jangan kata seminggu, 2-3 hari pun mesti dah tak senang duduk. Just like my hubby. Kegemaran dia...of courselah main bola. Tiap-tiap petang mesti turun padang main bola. Team favourite dia...Liverpool. Beside that, dia suka main games (PS2, PSP dan P-P yang sewaktu dengannya. Kalau nak buat pertandingan main PS3 pun boleh gak ni.... apa kata kak Tini? hehe...

My sis yang sorang ni lak (Mek Yah) suka kumpul and baca buku-buku novel. Tengoklah betapa banyaknya koleksi novel-novel dia yang ada kat dalam almari ni. Ada lagi ni.

My mum lak suka buat collection payung. (sorrylah, gambar terbalik). Pantang kalau ada jumpa payung yang cantik sket, mesti nak belinya.
As for me...dulu hobinya suka collect stamp. Dululah. Adalah dalam 3 album yang sempat dicollect.
...

Now....saya lebih suka buat collection resipi-resipi masakan, pastu buat tryout. Then suruh my tester yang try....sape lagi kalau bukan my hubby.hehe

Wednesday, October 15, 2008

Today, i manage to go to work as usual walaupun masih ada sok sek sok sek sket2. Boleh je sebenarnya kalau nak amik leave (cuti pun still ada 40 hari lagi), tapi boring gak dok rumah sorang2.Last2 datanglah gak keje.

Nilah dia preview muka depan klinik tempat saya keje.Gambar yang bahagian inferiornya nantilah saya tunjuk.
Actually tak sampai setahun jagung pun saya keje kat sini.Before this dah ada experience keje kat Gua Musang (3 months)ngan Manik Urai, Kuala Krai (1 thn). Ingat lagi masa mula2 dapat posting kat Gua Musang. Termenung 2-3 kali gak. Tapi bila dah keje sana taklah seteruk yang disangka. OK je. Cuma kos hidup jelah agak tinggi sket. Sekarang ni pun Gua Musang dah makin membangun.

BLOG MANIA

Dah 2 hari tak update blog ni. Hari ni ponteng keje sebab kena flu. Nasib baik tak melarat sangat.Ni tak tidur lagi ni sebab siang tadi memang dah terover tidur dah. My hubby lak tengah dok syok melayan internet.
Wah! Excited betul nampaknya. Maklumlah dah ada blog sendiri dah sekarang ni.hehe... Apa pun, teruskan usaha. Mesti lepas ni dapat anugerah blog terbaiknyalah.

Sunday, October 12, 2008

Tok Ayah dah OK sket.


Semua cucu-cucu Tok Ayah mesti terkejut ngan berita Tok Ayah gering. Untuk pengetahuan semua, Alhamdullilah Tok Ayah dah OK dah sket. Cuma tak larat je sket nak bangun2 sangat sebab takde tenaga. Yelah, dah 2-3 hari demam + cirit birit. Cakap pasal cirit-birit ni teringat lak pasal satu insiden yang pernah terjadi satu masa dulu....INSIDEN ROTI JALA....(Imah kata ROTI PANCING).
Insiden ni berlaku lebih kurang 2 tahun yang lalu. Masa tu saya baru je kerje kat KP Pasir Puteh. Nak dijadikan cite, satu petang, Ma (mak saya) bawak baliklah roti jala kat rumah. Kebetulan ada lebih roti jala lepas satu acara jamuan kat sekolah dia. Roti jala yang banyak tu telah dibahagi-bahagikan ke rumah Mak Long gak.(Nasib baik tak dibawa ke rumah mek). Semua orang pun menikmatilah roti jala tu. Malam tu, lampu tandas sentiasa terbuka je dek kerana ramainya yang berulang-alik ke tandas. Boleh dikatakan semuanyalah yang terlibat dek kerana roti jala petang tu. Tapi yang paling teruk kena...saya, Ane ngan Pali lah. Sampai kena admitted ke ward. Masuk air dalam beberapa botol. Sejak hari tu Pali dah tak nak makan roti jala dah. Tapi, saya makan je. hehe...

Thursday, October 9, 2008

Ulcer oh ulcer



Beginilah rupenye ulcer yang ada kat dalam mulut nih. Tu baru sebijik. Alhamdullilah, hari ni semuanya dah kembali seperti sediakala. Since dah lebih-lebih cite pasal mouth ulcer ni, naklah share serba sedikit petua pasal ulcer ni.

  1. Ada sesetengah ulcer, before jadik ulcer tu dia akan naik macam gelembung2 air. Sebelum pecah jadik ulcer, kita pecahkan dulu gelembung2 tu (macam main pecah2kan belon gitu). Insya Allah ulcer takkan menjadik.
  2. Kalau ulcer ada gak, kumur air garam suam. Atau yang paling berkesan sekali letak je garam kat tempat ulcer tu. Nescaya anda akan terpekik terjerit kesakitan...hehe...tapi lepas tu sakit akan hilang.
  3. Yang paling senang, gi farmasi mana2. Beli ubat untuk ulcer tu...hehe. Tak payah nak pening kepala. Tapi beli sebelum Hari Raya sebab kedai farmasi tak buka. Kalau buka pun mungkin ubat dah habis sebab ramai dah orang beli...hehe.
  4. Air kena minum banyak2. Sebab kalau kering ulcer tu jadi makin sakit.
  5. Jangan makan benda pedas2 dan benda keras dan tajam
  6. Last sekali.....BUAT TAK TAU JE.

Tuesday, October 7, 2008

NAK MAKAN PUN SUSAH!!!!!

Dah 4 hari tak dapat rasa nikmat makan. Ulser mulut punya pasal. Sekali naik adalah dalam 5 biji. 4 kat lidah. 1 kat gusi atas depan. Seksa tul nak makan. Yang kat lidah tu dah okey dah. Yang kat gusi je yang tak ok lagi. Semua orang tanya kenapa muka nampak bengkak dan tak bermaya. Tension tul....nak cakap ngan orang pun terasa malas.

Tuesday, September 30, 2008

KERJA LAGI!!!!

Hari ni disaat orang tengah busy membuat persiapan raya....aku masih lagi dok kerja.boring betul. nasib baiklah ada internet. Kalau tak mati kutu dibuatnya.Ingatkan datang keje untuk dok relaks je. Tapi tak sangka ada gak patient yang datang. So, hari ni takdelah makan gaji buta sangat.hehe..

Monday, September 29, 2008

kena keje lagi!!!!

Still keje lagi hari ni. I had been given 2 choice....samada nak oncall before ataupun masa raya. Apa lagi...of courselah pilih sebelum raya. Tak kisahlah kalau kena datang keje the day before raya pun. Kalau amik on call masa raya tak tenang lak hidup. Nanti dok tengok h/p aja. tak beraya dibuatnya. Patient hari ni tak ramai pun. Sape lagi kalau bukan Ipah ngan Ane. Datang buat scaling untuk raya.hehe...

saya budak baru belajar

first time ni try nak create blog. tengok blog-blog orang je sebelum ni. teringin gak nak ada blog sendiri.hehe