? ??????????????Leopard? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2054 Total Grabs. ??????Previe
w?? | ??Get the Code?? ?? ?????Awww The Little Puppy? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2178 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, August 26, 2010

Duit Raya RM500

Kerajaan telah mengumumkan pemberian duit raya kepada semua pesara dan kakitangan kerajaan daripada Gred 1 hingga 54.
Alhamdullillah. Rezeki sempena Syawal.

Wednesday, August 25, 2010

Majlis Buka Puasa

Sekejap aja masa berlalu...
tup..tup...dah masuk pertengahan Ramadhan.
Minggu ni ramai yang buat majlis berbuka puasa.
Daripada persatuan & kumpulan hinggalah kepada orang perseorangan.
Mmg minggu ni tak payah masak sangat.
Kalau tidak tu selalu dok pikir...'nak masak apa ye hari ni??'..
Kekadang tu bila dah kehabisan idea, ulanglah menu yang sama.
Kalau masa berbuka tu oklah lagi. Buatlah apa pun ok aje.
Masa sahur yang agak susah sket.
Alhamdulillah, puasa tahun ni rasa tak letih sangat walaupun sahur ala kadar aja.
Setakat ni tak pernah lagi tak bangun sahur.
Kalau ada masalah pun, tak ingat nak tekan suis...terpaksalah menggunakan cara tradisional.
Ada gak sekali tu tersilap letak air banyak sangat...almaklum sajalah mata tengah ngantuk.
nasib baik tak jadi bubur nasi ...cuma jadi nasi impit aja...hehe.

Projek membuat biskut belum start lagi.
Baru beli bahan-bahan je. Barang2 sume dah naik.
Insya Allah, kalau tak de apa-apa projek akan bermula hujung minggu ni.

Harap-harap tahun ni dapat puasa penuh.
Belum tinggal lagi puasa ni.

Sunday, August 22, 2010

Minggu Audit Yang Memeningkan Kepala

Dah 2 minggu busy ngan audit dalam MS ISO 9001:2008.
Jadual perancangan audit yang dirancang sebelum puasa dah meleret-leret masuk dalam bulan puasa.
Semuanya sebab banyak lagi program2 lain yang bertindih.
Rasanya group aku second last group yang gi buat audit.
Penat rasanya dengan hal-hal audit ni.
Minggu ni rasa relax sket. (walaupun sebenarnya minggu ni adalah minggu on call..hehe).
Banyak lagi sebenarnya keje-keje admin yang terbengkalai...hehe
Keje ni sampai biller2 pun tak habis.
Ingat bulan puasa ni bolehlah rehat sket...
tapi sama je...patient tak ramai, tapi keje lain lak yang bertambah.
Penat tak boleh nak digambarkan...
Tiap2 hari lepas balik daripada sembahyang terawih aja terus tidur.
Yang bestnya tu letak aja kepala kat bantal, 10 saat pun dah boleh tidur.
Tulah dia rutin harian di bulan puasa.

Monday, August 16, 2010

Ramadan 1431

Sudah agak lama blog ni tak diupdate....
Bukan dah kehabisan idea, tapi sejak akhir2 ni tiada kesempatan masa nak update.
Masa yang ada banyak digunakan untuk kerja dan family.

Hari ni dah masuk 5 hari umat Islam berpuasa.
Patient masa bulan puasa ni tak ramai sangat(pagi ni belum sorang pun yang turn up utk OP-Out Patient).
Petang semalam, patient appointment sorang pun tak datang.
Nampak macam relax...tapi banyak lagi kerja2 admin yang perlu dibereskan.
Tambah2 audit nak datang dalam masa yang terdekat ni.
Tulah susahnya bila dah semakin besar pangkat kita....makin banyak tugas & tanggungjawab yang perlu dibuat.

Tahun ni my dad & mom in laws gi umrah sebulan bulan Ramadhan di Mekah & Madinah.
Insya Allah, malam raya baru mereka balik.

Di rumah my mom kat Pasir Puteh pula, mek dan tok ayah akan berada di sana sehingga raya. My bro, Ucu pun ada sekali...menanam anggur..hehe.

Bazar Ramadan....tahun ni belum start pegi lagi. Malas nak berpusu-pusu ngan orang ramai.
Sahur....masak ala kadar je. Tak pun perangat (panaskan) mana yang ada sebab suamiku tak makan sangat.
Berbuka......tolak kayu ngan batu...semua boleh telan (asal halal je).

Azam tahun ni.....nak habiskan baca Al-Quran.
Moga2 Allah terima ibadat yang dilakukan pada bulan ni.
Untuk semua umat Islam, rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Berpuasa.