? ??????????????Leopard? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2054 Total Grabs. ??????Previe
w?? | ??Get the Code?? ?? ?????Awww The Little Puppy? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2178 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, March 27, 2009

Urusan Kenaikan Pangkat


Last week adalah minggu yang sangat busy ngan urusan kenaikan pangkat. Borang2 permohonan telah diedarkan kepada sesiapa yang berminat. Mujur gak saya punya Pembantu Tadbir kat pejabat tu agak proaktif. dia yang beriye2 suruh saya isi borang permohonan tu.Agak kelam kabut gak dibuatnya....terpaksalah saya menelefon ke sana ke mari mencari LNPT (Laporan Nilaian Prestasi Tahunan) bagi 3 tahun terkini. Banyak gak rintangannya....satu daripada LNPT saya missing. Hampir2 gak saya nak batalkan permohonan. Nasib baiklah last2 minute rakan seangkatan dengan saya di KP Kuala Krai telah menjumpai LNPT saya kat sana masa dia tgh mencari dia punya LNPT. Kalau tak melepaslah peluang saya nak naik pangkat.

Tuesday, March 17, 2009

Wakaf Tuan Fareer




Pada minggu lepas, salah satu mercu tanda yang ada kat pasir puteh ni telah roboh kerana dilanggar kereta. Maka terang benderanglah kawasan tersebut. Rupa2nya ada sejarah tersendiri disebalik pembinaan wakaf ni...
Wakaf ni sebenarnya telah dibina oleh seorang lelaki berbangsa inggeris yang bernama Tuan Farrer seawal tahun 1930 an. Beliau merupakan Ketua Jajahan Pasir Puteh yang kelima pada masa itu. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Jajahan antara tahun 1928 hingga 1938. Wakaf ini dibina di perkampungan antara Jalan Lama Machang dari Jalan Sekolah Kai Cheah, pembinaan wakaf ini adalah untuk memberi kemudahan kepada masyarakat pada waktu itu untuk berhenti berehat di wakaf berkenaan sama ada untuk berteduh daripada hujan dan panas sebelum meneruskan perjalanan masing-masing. Wakaf Tuan Farrer ini bercirikan gabungan senibina inggeris dan melayu di mana bumbung berbentuk ‘A’ yang dilihat pada pandangan hadapan yang menggambarkan senibina inggeris dan bumbung perabung lima adalah bercorakkan senibina melayu. Bentuk bumbung perabung lima yang bercirikan senibina melayu ini mempunyai keunikan tersendiri di mana terdapat seni ukiran yang begitu menarik dan halus yang terdapat pada bahagian bumbung berkenaan.
Mek Gong Kemuning kata kat situlah tempat dia selalu bermain2 masa kecil dahulu.

Thursday, March 12, 2009

Natal/Neonatal tooth



Natal/Neonatal tooth ialah gigi yang tumbuh pada baby yang baru dilahirkan. Kejadian ni biasanya jarang berlaku...dianggarkan berlaku dalam 2000 hingga 3000 kelahiran...sepanjang saya kerja pernah jumpa 2 kes. Satu semasa di Kuala Krai dan satu lagi di Jabatan Bedah Mulut. Biasanya gigi ni tumbuh pada rahang bawah depan. Bentuk giginya samada macam gigi susu atau berbentuk bulat. Kebiasaannya gigi ni longgar kerana pembentukan akarnya tidak sempurna.
Rawatan...biasanya gigi ni dicabut kerana dikuatiri tertelan oleh bayi ke dalam saluran pernafasan hingga boleh menyebabkan obstruction of airway. juga kalau dibiarkan dikuatiri mencederakan ibu dan lidah bayi semasa menyusu.