? ??????????????Leopard? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2054 Total Grabs. ??????Previe
w?? | ??Get the Code?? ?? ?????Awww The Little Puppy? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2178 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, May 5, 2009

Tanah Suci....Mekah Al-Mukarramah (Part III)


Kami sampai di Mekkah pada waktu tengah malam...sebelum subuh. Setelah menyimpan barang-barang di hotel dan berehat, kami terus berangkat ke Masjidil Haram yang terletak tidak berapa jauh daripada hotel tempat tinggal kami untuk menunaikan ibadat umrah. Alhamdulillah, kami sempat juga menghabiskan umrah kami yang pertama

setelah melakukan tawaf dan bersaie (di depan Masjidil haram)

Hari-hari berikutnya diteruskan dengan ibadat umrah yang dilakukan berkali-kali.
Kami juga melakukan ziarah luaran.

salah satu daripadanya ialah di Jabal Rahmah di Padang Arafah. Ini ialah tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah diturunkan ke bumi. Tempat ini juga merupakan salah satu tempat yang mana doa adalah dimakbulkan tertamanya berkaitan jodoh.

ini ialah tempat melontar bagi jemaah haji yang dalam proses pembinaan semula. Kita patut berbangga kerana bangunan ini dibina oleh syarikat daripada Malaysia.

Ini ialah bukit r, dimana terdapatnya Gua Hira'...tempat persembunyian Nabi Muhammad ketika berhijrah ke Madinah bersama-sama Saidina Abu Bakar. Kami hanya lihat daripada jauh sahaja kerana bukitnya terlalu tinggi untuk dinaiki.

pemandangan semasa bersaie. Betapa ramainya orang....kat sana tengah cuti sekolah dan universiti masa tu. that's whylah banyak orang.

kami juga gi ke ladang unta. First time saya cuba minum susu unta. Mula-mula tu tak nak. Tapi memang kuasa Allahlah, susu unta ni tak de pun rasa atau bau hamis atau bau susu macam susu-susu lain. Rasa dia...kena cuba baru tau

Masjid Hudaibiah. Di Hudaibiah nilah terjadinya perjanjian hudaibiah antara Nabi Muhammad s.a.w dan Kaum Quraisy di Mekah.

Kami juga singgah di Muzium berkaitan dengan Baitullah, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

tangga kaabah

Makam Ibrahim (Tapak kaki Nabi Ibrahim)

Pintu Kaabah

telaga zamzam yang lama

Duit-duit syiling yang ditemui dalam telaga zamzam

1 comments:

norulaina said...

ha.. ayah su ado try contact bnyk kali ms kat sana tp x dpt2.. na bui no maxis ha kat dio.. last2 dpt tau ha dh blk m'sia..