? ??????????????Leopard? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2054 Total Grabs. ??????Previe
w?? | ??Get the Code?? ?? ?????Awww The Little Puppy? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2178 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, May 4, 2009

Bermulanya Perjalanan yang Suci (Part I)

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dan hubby telah selamat sampai ke tanah air petang 4/5/2009 dalam pukul 3 lebih (petang). Satu perjalanan yang memenatkan namun terselit seribu makna dan kepuasan dalam diri saya. Jika diizinkan Allah, Insya Allah saya ingin menjejakkan kaki lagi di sana.

Jurnal perjalanan kami bermula dua minggu lepas. Saya begitu bersyukur kerana telah dijemput olehNya untuk ke sana. Perjalanan kami bermula pukul 3.40 pagi(21/04/2009). Dengan keadaan yang masih mengantuk, saya gagahkan juga untuk bangun dan kami bertolak ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa kerana flight kami adalah flight pertama pagi itu.

menunggu untuk check-in
antara jemaah yang pergi
ma dan abah pasir puteh pun datang menghantar


kami sampai di KLIA dalam kul 8.00 pagi. Memandangkan flight ke Jeddah adalah dalam kul 4.00 petang, kami bermastautinlah sekejap kat surau di KLIA.


jemaah menaiki tren menuju ke terminal berlepas

Kami semua selamat menaiki flight Saudi Arabia Airlines menuju ke Jeddah dalam kul 4.00 petang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam. Lenguh gak berada dalam flight. Tapi yang bestnya, 4 kali kami dihidangkan makanan. Sampai makanan yang last tu dah tak larat dah nak makan..hehe.

menunggu di imigresen arab saudi di Jeddah...urusan pemeriksaan passport. Ujian dan dugaan bermula buat kami di sini apabila terpaksa beratur lama sebelum semua jemaah lepas diperiksa.

setelah selesai urusan pemeriksaan passport, kami menaiki bas menuju ke Bandar Madinah. Perjalanannya mengambil masa lebih kurang 6 jam.

kami singgah sebentar di sebuah masjid untuk menunaikan sembahyang subuh

Perjalanan diteruskan sehingga kami sampai di Bandar Madinah lebih kurang dalam kul 9 lebih (waktu di sana). Maka bermulalah perjalanan umrah dan ziarah kami......

To be continue......

1 comments:

norulaina said...

bestnye.. bilela hajat na smpai kat sane termakbul..