? ??????????????Leopard? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2054 Total Grabs. ??????Previe
w?? | ??Get the Code?? ?? ?????Awww The Little Puppy? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2178 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, May 5, 2009

Perjalanan ke Tanah Suci (Part II).....Madinatul Munawarah


Destinasi umrah kami bermula di Masjid Nabawi di Kota Madinah.
Pertama kali saya menjejakkan kaki ke dalam masjid, hati saya menjadi sayu. ' Ya Allah, aku bersyukur kerana telah dijemput olehMu untuk menunaikan ibadat di sini.' Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Pertama kali saya menitiskan air mata keinsafan.
Masjid Nabawi ataupun Masjid Nabi Muhammmad s.a.w. adalah masjid yang telah dibina oleh nabi Muhammad di Madinah bersebelahan dengan kediaman baginda di Madinah. Kelebihan masjid ini...jika bersolat di masjid ini, pahala yang didapat ialah seribu kali ganda solat. Di dalam masjid ini terdapat satu tempat yang dinamakan 'Raudhah'. Di sini terdapat makam Nabi Muhammad saw, Makam Saidina Abu Bakar dan makan Saidina Umar. Juga terdapat mimbar Nabi Muhammad saw. 'Raudhah' merupakan salah satu tempat yang doa adalah dimakbulkan.

Ini ialah Masjid Saidina Ali

masjid Saidina Abu Bakar

masjid khomsah



Kami juga melakukan ziarah luaran
ketika sedang menunggu bas untuk sesi ziarah

Antara yang diziarahi ialah Masjid Quba.
Sabda Nabi : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Betapa cintanya Nabi Muhammad kepada umatnya)
Kami menunaikan solat dhuha di Masjid Quba.

Ini ialah Bukit Uhud....tempat di mana terjadinya perang Uhud.



didalam lingkaran pagar ini ialah kubur-kubur orang Islam yang mati syahid ketika perang Uhud termasuklah Saidina Hamzah.

kami juga melawat ke ladang tamar dan pasar tamar

Kami berada di Madinah selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk masuk ke Raudhah dan berdoa di sana (untuk pengetahuan semua Raudhah hanya boleh dimasuki pada waktu-waktu tertentu sahaja).
Sebelum bertolak ke Mekah, kami berniat ihram di Muzdalifah

Perjalanan kami di teruskan di Mekah.....

To be continue....

2 comments:

tini said...

alhamdulillah..
lp plak nk berkirim salam spy kami plak mendapat kemurahan rezeki untuk ke sana.
tgk gambar2 tu semua membuatkan rasa sangat2 nak ke sana. duit je sll x ckp :)

hafikri said...

Insya Allah...bila tiba masanya, Allah akan jemput kita ke sana.