? ??????????????Leopard? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2054 Total Grabs. ??????Previe
w?? | ??Get the Code?? ?? ?????Awww The Little Puppy? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2178 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 29, 2009

Gambar yang real......

GAMBAR SEBELUM



SEMASA KERJA2 DIJALANKAN


GAMBAR SELEPAS


SEBELUM


SELEPAS

Wednesday, January 21, 2009

Nasi Goreng Special

dinner malam tadi hidangan kami suami isteri hanyalah nasi goreng....tapi untuk pengetahuan semua, nasi goreng nilah the best ever nasi goreng yang pernah saya makan. Why?....sebabnya ia telah dimasak dengan penuh kasih sayang oleh hubby tercinta....hehe....bukan sebab saya mendera hubby saya memasak kat dapur,yek....sebenarnya, semalam saya telah ditakdirkan tidak berapa sihat. Keje pun gi separuh hari je. Jadi memandangkan saya tak larat nak masuk dapur untuk masak, my beloved hubby telah bersusah payah untuk masak our dinner malam tadi. Sincerely, nasi goreng yang dimasak tu memanglah jadik dak sedap. Thank U very2 much, abg. Love u so much..hehe.

Tuesday, January 20, 2009

Keboringan Melanda....

I supposed to go to school today. Not to be a student again but to do my duties and works there as a dentist. Unfortunately, I was ordered to stay at clinic. Why….because there’s no one (dental officer) staying back at the main clinic. Luckily, there’s internet line at our clinic. If not, I don’t know what I’m supposed to do while waiting for patients who usually don’t even come for the appointment. SM(A) Wataniah is our first school for this year and yet we not even started to go there because of so many problems. I’m not sure what going to happen this year….we was given order to help staff nurses at primary school and at the same time we have to go to secondary school. So many things to do….and at the end of the day, we will be the person who being blamed for not archiving the goals. Well, after all that’s the meaning of work life is all about…hehe

Boikot....

Monday, January 19, 2009

Those days - D.D.S. UKM 2005


'Those days - D.D.S. UKM 2005

This pic was taken 4 years ago for our annual faculty buletin. Rindu tul kat korang sume. wish to be together again like old days. Seronoknya jadik student.

Friday, January 16, 2009

Homework


Sape kata dentist tak de homework...hehe...
Akhir2 tahun hari tu sibuk ngan macam2 reten, laporan etc.
Awal2 tahun ni lak sibuk ngan Pemarkahan LNPT (Laporan Nilaian Prestasi Tahunan) ngan SKT (sasaran kerja tahunan). Memandangkan kat Klinik Pergigian Machang tu tengah menunggu kedatangan bos baru, maka Kak Lili (Dr. Roslili)lah yang terpaksa memangku kerja2 bos (pegawai pergigian pentadbir) dan saya lak kenalah pulak jadi YM (Yang Menjaga) Klinik. Dengan erti kata lain kena kasi markah kat LNPT staf2 untuk tahun lepas as Penilai Pertama. Tapi nasib baik gaklah tahun ni agihan dibuat antara sister and pegawai YM. Jadi taklah banyak sangat yang kena dinilai. Kat klinik mana sempat nak buat. Jadi terpaksalah bawak balik ke rumah...

Dah penat tu..berhenti jap...belek2 buku rasa bulan ni sambil makan butter cookies...

Wednesday, January 14, 2009

Hujan oh Hujan.....


Kat sini dah dua hari langit tak cerah. Agaknya banjir kali ke-3 nak jadi kot. Ada orang kata sebab nak raye cina. Tahlah...tapi yang sebetulnya....semuanya daripada Allah. Biasalah lumrah manusia..tak pernah puas. Bila kemarau, nak hujan. Bila dah hujan, nak panas lak. Tapi tahun ni saya agak bersyukurlah gak sebab dah keje kat Machang. Ingat lagi masa musim tengkujuh masa saya keje kat Manik Urai, Kuala Krai tahun lepas. Biasanya kalau banjir, ada satu jalan kat kuala krai tu memang ditutup sebab tak boleh dilalui kenderaan. Kalau nak lalu gak kena naik bot. Nak dijadikan cerita hari tu saya tak sempat nak seberang. Air dah naik. Hubby lak masa tu keje kat KB. Jadi, malam tu terpaksalah saya tidur sorang2 kat kuarters. Dahlah kuarters tu besar...banglo dua tingkat. kuarters saya malam tu macam pesta lampu je...sebabnya disebabkan takut dok sorang2, saya pasang sume lampu yang ada...hehe. Kira nasib baik gak sebab ada kuarters. kalau tak de tempat, alamatnya kenalah menumpang kat rumah sape2..hehe...mmg satu pengalaman yang tak dapat dilupakan

Tuesday, January 13, 2009

Pasar Malam

Malam tadi saya dan hubby telah pergi ke pasar malam di bandar Machang. Memang itulah rutin kami setiap hari Isnin. Maknanya hari Isnin ialah hari saya beristirehat. Dalam erti kata lain...tak payah masak..hehe...sebab kami beli makanan kat pasar malam je. Nilah dia makanan rasmi kami setiap hari Isnin....Nasi minyak (ada satu tempat je yang sedap nasi minyak yang dijual kat pasar malam tu), satay, ngan air coconut shake. 'Apong' tu side dish je. Selalunya tak beli pun...hehe

Sunday, January 11, 2009

Khasiat Budu.....



Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia telah mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan budu memiliki berbagai khasiat yang amat unik dan mengkagumkan

1. Budu mempunyai gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

2. Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

3. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

4. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

5. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

6. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.(Sebab tulah orang2 pantai timur pandai2 belaka)

7. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

8. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain sep erti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

9. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu.

10. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

11. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

12. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) sep erti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sep iring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Saturday, January 10, 2009

Pengganti Piko

Friday, January 9, 2009

Hantar Segera!

Last week adalah hari2 yang agak busy bagi saya. Dahlah kena attend kursus & bengkel 2 hari kat tumpat. Pastu bila masuk je keje the next day, kenalah pulak siapkan Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran Pergigian Daerah Machang ASAP. Kalau boleh hari tu gak hantarnya. Patient lak hari tu tak taulah kenapa...ramailah pulak yang datang. Dalam sibuk2 tu trylah gak siapkan that day sebab saya tak suka bawak balik kerje office kat rumah. Lebih kurang dalam kul 4.30 ptg, akhirnya siaplah laporan tu. Happynya...Tapi ternyata nasib agak tak berapa baik hari tu, sume benda yang ditaip sejak daripada pagi lagi hilang macam tu je. Frustrated sangat. So, nak tak nak terpaksalah gak balik buat kat rumah. Nak stay back pun dah takde mood dah. Last night memang struggle habis-habisan nak siapkan benda tu. Finally, sumenya dapat disiapkan sesudah subuh pagi tadi. Penatnya.....

Happy Birthday to Me...

This year i celebrated my birthday at Hospital Tumpat...hehe...terpaksalah sebab dua hari kena gi kursus dan bengkel kat sana and attandance adalah wajib. Tak boleh diganti dengan mana2 officer lain. Luckily, that night my hubby for a special dinner at KFC. Sambil2 nak try tower zinger burger KFC yang baru. Thanks to all family, friends and relatives who had SMS me to wish me Happy Birthday.

Birthday cake for this year....Banana Choc from Secret Recipe

Saturday, January 3, 2009

Mok Kar's Wedding in Memory....







Pasangan pengantin


possing kat bilik pengantin (dari kiri: me, Nor, Tok Nor and Alif)



hantaran perkahwinan