? ??????????????Leopard? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2054 Total Grabs. ??????Previe
w?? | ??Get the Code?? ?? ?????Awww The Little Puppy? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2178 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, October 31, 2008

Sony DSC-W300


Inilah dia camera cybershot sony DSC-W300. Kecik je. Memang sesuai dan senang untuk dibawa kemana2 sahaja. Kelebihan:
-Full HD image 1080
-ada smile shutte
-13.6 Mega Pixel
-dsbnya (cuba baru tau)

Thursday, October 30, 2008

New Look & New Hope...

What had happen to my blog!!! Disebabkan tanganku yang gatal ni...blog saya dah bertukar wajah. My previous chatterbox had gone. Try upload balik beberapa kali...tapi failed. I'm give up!! So, guys...for awhile, we have to use another style of cbox. apa-apalah...asal ada.
Yahoo!!!Tommorrow is Friday. Friday means no dentures, no fillings, no extracting, no scaling and of course NO WORKING! My annual leave pun banyak lagi ni. Tah bilalah nak amik.
Last night, we (hubby & me) went to Tesco KB. Cuba teka apa yang kitaorg buat. My hubby belanja makan kat newly openned fast food in town....apa lagi kalau bukan Kenny Rogers. Kira macam dating dinnerlah ni. Ramai betul orang. May be sebab baru bukak kot.After that, we all gi window shopping kat KB Mall. Dah alang-alang datang KB. And....quess what!! Saya telah membeli sebuah digital camera (lepas dikempen oleh sorang salesgirl kat Kedai Sony). Actually dah lama dah teringin nak beli digital camera ni...

Monday, October 27, 2008

NASI AYAM

nasi ayam

Dalam banyak2 nasi ayam yang saya pernah makan, nasi ayam yang mak saya buatlah yang paling sedap. Hari ni, disebabkan semua ada berkumpul di rumah, ma dengan bertungkus
lumusnya telah menyediakan nasi ayam yang sedap tu.
Cara2 nak sediakannya mudah je. Mula-mula renehkan air dengan bawang putih dengan halia. Banyak mana tu kena pandai2 agaklah dengan ayam yang ada. Air tu lebih sket pun takpe sebab kita nak guna untuk buat nasi dan sup, tapi jangan terover lebih lak. Pastu masukkan ayam yang dah siap dicuci dan dipotong dalam air renehan tadi. Biarkan sehingga mendidih dan ayam masak. Kalau nak buat nasi ayam, kulit ayam tak
perlu dibuang masa cuci dan potong ayam.
Lepas dah masak toskan ayam. Gaul ayam tadi dengan kicap, sos tiram, halia dan bawang putih (yang dah ditumbuk atau dikisar halus) secukup rasa. Garam jangan lupa! Gaul sebati dan peraplah ayam tu selama 1/2 - 1 jam. Kalau tak nak perap pun tak pe. Boleh je goreng terus sampai garing.



Untuk nasi, tumis hingga naik bau rempah-ratus('kakah kasar'-bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dll).Jangan banyak sangat. Pastu masukkan dalam nasi yang dah dibasuh cuci. masukkan separuh daripada air lebihan rebusan ayam tadi. Masak nasi macam biasa. Kalau nak kuning, masukkan pewarna kuning sedikit. Juga jangan lupa masukkan garam sikit.

Untuk sup, renehkan air lebihan rebusan yang separuh lagi dengan ayam (biasanya amik kaki ayam je). Masukkan gak rempah sup dan garam secukup rasa. Bila nak hidang taburkan daun bawang dan bawang goreng dalam sup.






Untuk air lada (pencicah cili), kisar cili merah dengan cuka, sedikit halia dan bawang putih. Kalau pekat masukkan air masak sedikit. Tambah gula dan garam secukup rasa.






Untuk pencicah kicap, tumis bawang besar (bombay onion) hingga kuning. kemudian masukkan kicap manis. tambah garam secukup rasa. Kalau dah masin tak payah tambah pun takpe.

Thursday, October 23, 2008



Baru je lepas tengok cite ngan my mum in law sama ngan my nephew(Syakir). Selalunya tambah lagi sorang penonton, my sis in law (Nor). Tapi dia oncall tonight. Cerita ni kira okeylah. Salah satu cerita hantu melayu yang aku rasa berjaya dan okeylah berbanding cite-cite hantu melayu lain. Disebabkan kami berempat peminat setia cerita ni and dah booking awal-awal remote control, so kalau ada football match, terpaksalah my hubby gi tengok favourite channel dia tu kat kedai.hehe...tapi rasanya malam ni takde bola.

Wednesday, October 22, 2008

HOBBIES

Sume orang mesti ada hobi mereka masing-masing.Tanpa hobi, hidup pun mesti rasa boring. Tak caya, cubalah stop buat benda yang kita suka buat dalam masa seminggu. Jangan kata seminggu, 2-3 hari pun mesti dah tak senang duduk. Just like my hubby. Kegemaran dia...of courselah main bola. Tiap-tiap petang mesti turun padang main bola. Team favourite dia...Liverpool. Beside that, dia suka main games (PS2, PSP dan P-P yang sewaktu dengannya. Kalau nak buat pertandingan main PS3 pun boleh gak ni.... apa kata kak Tini? hehe...

My sis yang sorang ni lak (Mek Yah) suka kumpul and baca buku-buku novel. Tengoklah betapa banyaknya koleksi novel-novel dia yang ada kat dalam almari ni. Ada lagi ni.

My mum lak suka buat collection payung. (sorrylah, gambar terbalik). Pantang kalau ada jumpa payung yang cantik sket, mesti nak belinya.
As for me...dulu hobinya suka collect stamp. Dululah. Adalah dalam 3 album yang sempat dicollect.
...

Now....saya lebih suka buat collection resipi-resipi masakan, pastu buat tryout. Then suruh my tester yang try....sape lagi kalau bukan my hubby.hehe

Wednesday, October 15, 2008

Today, i manage to go to work as usual walaupun masih ada sok sek sok sek sket2. Boleh je sebenarnya kalau nak amik leave (cuti pun still ada 40 hari lagi), tapi boring gak dok rumah sorang2.Last2 datanglah gak keje.

Nilah dia preview muka depan klinik tempat saya keje.Gambar yang bahagian inferiornya nantilah saya tunjuk.
Actually tak sampai setahun jagung pun saya keje kat sini.Before this dah ada experience keje kat Gua Musang (3 months)ngan Manik Urai, Kuala Krai (1 thn). Ingat lagi masa mula2 dapat posting kat Gua Musang. Termenung 2-3 kali gak. Tapi bila dah keje sana taklah seteruk yang disangka. OK je. Cuma kos hidup jelah agak tinggi sket. Sekarang ni pun Gua Musang dah makin membangun.

BLOG MANIA

Dah 2 hari tak update blog ni. Hari ni ponteng keje sebab kena flu. Nasib baik tak melarat sangat.Ni tak tidur lagi ni sebab siang tadi memang dah terover tidur dah. My hubby lak tengah dok syok melayan internet.
Wah! Excited betul nampaknya. Maklumlah dah ada blog sendiri dah sekarang ni.hehe... Apa pun, teruskan usaha. Mesti lepas ni dapat anugerah blog terbaiknyalah.

Sunday, October 12, 2008

Tok Ayah dah OK sket.


Semua cucu-cucu Tok Ayah mesti terkejut ngan berita Tok Ayah gering. Untuk pengetahuan semua, Alhamdullilah Tok Ayah dah OK dah sket. Cuma tak larat je sket nak bangun2 sangat sebab takde tenaga. Yelah, dah 2-3 hari demam + cirit birit. Cakap pasal cirit-birit ni teringat lak pasal satu insiden yang pernah terjadi satu masa dulu....INSIDEN ROTI JALA....(Imah kata ROTI PANCING).
Insiden ni berlaku lebih kurang 2 tahun yang lalu. Masa tu saya baru je kerje kat KP Pasir Puteh. Nak dijadikan cite, satu petang, Ma (mak saya) bawak baliklah roti jala kat rumah. Kebetulan ada lebih roti jala lepas satu acara jamuan kat sekolah dia. Roti jala yang banyak tu telah dibahagi-bahagikan ke rumah Mak Long gak.(Nasib baik tak dibawa ke rumah mek). Semua orang pun menikmatilah roti jala tu. Malam tu, lampu tandas sentiasa terbuka je dek kerana ramainya yang berulang-alik ke tandas. Boleh dikatakan semuanyalah yang terlibat dek kerana roti jala petang tu. Tapi yang paling teruk kena...saya, Ane ngan Pali lah. Sampai kena admitted ke ward. Masuk air dalam beberapa botol. Sejak hari tu Pali dah tak nak makan roti jala dah. Tapi, saya makan je. hehe...

Thursday, October 9, 2008

Ulcer oh ulcer



Beginilah rupenye ulcer yang ada kat dalam mulut nih. Tu baru sebijik. Alhamdullilah, hari ni semuanya dah kembali seperti sediakala. Since dah lebih-lebih cite pasal mouth ulcer ni, naklah share serba sedikit petua pasal ulcer ni.

  1. Ada sesetengah ulcer, before jadik ulcer tu dia akan naik macam gelembung2 air. Sebelum pecah jadik ulcer, kita pecahkan dulu gelembung2 tu (macam main pecah2kan belon gitu). Insya Allah ulcer takkan menjadik.
  2. Kalau ulcer ada gak, kumur air garam suam. Atau yang paling berkesan sekali letak je garam kat tempat ulcer tu. Nescaya anda akan terpekik terjerit kesakitan...hehe...tapi lepas tu sakit akan hilang.
  3. Yang paling senang, gi farmasi mana2. Beli ubat untuk ulcer tu...hehe. Tak payah nak pening kepala. Tapi beli sebelum Hari Raya sebab kedai farmasi tak buka. Kalau buka pun mungkin ubat dah habis sebab ramai dah orang beli...hehe.
  4. Air kena minum banyak2. Sebab kalau kering ulcer tu jadi makin sakit.
  5. Jangan makan benda pedas2 dan benda keras dan tajam
  6. Last sekali.....BUAT TAK TAU JE.

Tuesday, October 7, 2008

NAK MAKAN PUN SUSAH!!!!!

Dah 4 hari tak dapat rasa nikmat makan. Ulser mulut punya pasal. Sekali naik adalah dalam 5 biji. 4 kat lidah. 1 kat gusi atas depan. Seksa tul nak makan. Yang kat lidah tu dah okey dah. Yang kat gusi je yang tak ok lagi. Semua orang tanya kenapa muka nampak bengkak dan tak bermaya. Tension tul....nak cakap ngan orang pun terasa malas.