? ??????????????Leopard? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2054 Total Grabs. ??????Previe
w?? | ??Get the Code?? ?? ?????Awww The Little Puppy? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 2178 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, September 28, 2010

Allah Maha Penyayang

Seseorang telah mengingatkan kepada saya mengenai ujian daripada Allah Taala baru2 ni.
Sesungguhnya setelah mendengar panjang lebar nasihat & penjelasan daripada insan tersebut, saya jadi sedar dan insaf betapa kadang-kadang saya lupa yang Allah itu sentiasa Sayang dan sentiasa ada bersama-sama kita.
Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya dapat daripada insan tersebut....
Terima kasih banyak2 kepada beliau kerana telah menyedarkan saya.
Setiap manusia tidak boleh lari daripada ujian daripada Allah Taala...sepanjang hidupnya.
Jika tidak yang telah lepas, hari ini. Kalau tak hari ni, mungkin akan datang.
Ujian yang Allah beri tu dalam macam-macam bentuk tanpa kita sedari
dan tujuannya tidak lain tidak bukan kerana Allah tu teramatlah sayang kat kita semua.
Ketahuilah bahawa ujian yang Allah beri tu kepada orang yang Dia tahu orang itu boleh tanggung ujian yang diberikan. Sebab tulah Allah Maha Mengetahui.
Dia tidak akan memberikan sesuatu ujian itu kepada orang yang Dia rasa tak boleh menanggungnya.
Saya juga pernah terfikir...kenapa aku macam ni? Kenapa aku yang diberikan ujian macam ni?
Sesungguhnya kita ni dianggap khufur nikmat kalau kita sentiasa mempersoalkan ujian yang diberikan oleh Allah.
Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada.
Kita sepatutnya berasa lebih dekat dengan Allah dengan ujian yang diberikan.
Ya, Allah. betapa besarnya nikmat yang Engkau telah berikan.
Allah itu Maha Mengetahui...Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Ada hikmah disebalik apa yang berlaku....Insya Allah, kalau kita amati betul2, kita akan jumpa hikmah disebaliknya.
Hidup kita adalah untuk Allah dan bukannya untuk memuaskan hati orang lain.
Mampukah kita memuaskan hati semua orang?
Hidup kita tidak akan tenang jika semata-mata untuk memuaskan hati orang lain.
Seseorang telah menasihatkan saya...jika hati tidak tenang, rasa sedih atau ada masalah....dekatkan diri kepada Allah. Nescaya kita akan rasa hidup kita amat berharga.
Renung2kanlah.

2 comments:

hafikri said...

memang tazkirah daripada ustaz ni..haha

norulaina said...

ye.. betul... banyak2kan sabar.. percaya dan yakin pada Allah sokmo..