Klinik Pergigian Machang telah mengadakan satu jamuan sempena Aidilfitri. First time buat besar-besaran sket berbanding tahun2 sebelumnya. Siap jemput Hospital & Kesihatan lagi. Menu utamanya...Nasi Dagang, Laksa Penang, sate & nasi impit. Benda2 lain dibawa ikut kategori jawatan.
Kami (dental officer) sebenarnya diminta untuk membawa ketupat, tapi sebab last2 minute...takde org sanggup amik tempahan. Pikir punya pikir akhirnya kami gi tempah kek ngan mufin kat kedai kek. Jangan main-main kek tu yang habis dulu...hehe...berbaloilah kami penat2 gi tempah kek.
Nilah dia teman2 sekerjaku hari2. Dengan diaorglah tempat aku bergelak ketawa bila stress2 keje...haha (Front from left: Dr. Siti Azliny, Me, Dr. Fizah : saje dok depan...senang nak amik makanan) (Back from left: Kak Eni, Dr. Farhana, Dr.Ima, Dr. Jehan, Dr. Nik : sorrylah Nik, tak nampak muka)
Utusan daripada boss... Dr. Norbaya
Sebelum makan tu kita bergambarlah dulu.
Cik Siti kita ni dah tak sabar2 dah nak makan sate.
Pilih Ima....jangan tak pilih
Hijrah
8 years ago
0 comments:
Post a Comment