Hari minggu lepas my mum ngan Mek Yah telah bertungkus lumus mengemas barang-barang yang banyak kat rumah. Biasalah...merecycle balik benda-benda yang sayang nak dibuang dan membuang benda-benda yang dah tak berguna. Saya tak join bukan sebab saya malas yek...tapi saya tengah menjamu selera kat dapur...dinner time.
Boleh dikatakan banyaklah juga barang yang dibuang. Ada gak yang sayang nak dibuang.
Tengah2 kemas tu, tiba-tiba terdengarlah suara Mek Yah ketawa. Saya yang sememangnya agak busy body...naklah gak tau apa ke bendanyalah yang diketawakan tu....tengok2 dia tengah membelek sebuah buku. Macam ku pernah lihat buku itu...tapi di mana ye....Sebenarnya tu buku saya masa zaman-zaman sekolah dulu...Buku koleksi lagu-lagu. Dulu masa hostel, selalu dengar walkman dan radio. Jadi, sambil2 dok study...dah boring2 tu..sempatlah gak dok menyalin lirik lagu...hehe...tak sangka buku tu masih wujud lagi walaupun kulitnya dah tercabut. Boleh tunjuk kat anak cucu nih.
Monday, June 15, 2009
Kenangan Lama....
Posted by hafikri at Monday, June 15, 2009 2 comments
Tuesday, June 9, 2009
Time Is So Precious.....
Sudah agak lama gak blog ni tak di update kan. Selepas balik daripada umrah hari tu, banyak benda yang menghalang saya daripada mengupdate blog ni. 2 hari selepas balik daripada umrah, kesihatan saya agak terjejas (mungkin sebab perubahan cuaca kot). Sorrylah kepada Mr. Hannan kerana saya terpaksa membatalkan hasrat di saat2 akhir untuk sama-sama menjayakan majlis pertunangannya. Insya Allah, masa kahwin nanti kami akan sampai di sana. seminggu lepas tu, saya kenalah pulak ke Kuantan selama 3 hari kerana ada kursus dalam perkhidmatan di sana. Sekali sekala gi kursus seronok gak sebenarnya. Cuti2 sekolah pula dipenuhi dengan berjalan-jalan (bukan gi makan angin, tapi gi makan gulai-kenduri). Banyak betul majlis yang perlu dihadiri. Sampai kami pun dah naik letih dibuatnya. Dah jadi macam rayalah pulak. Sekarang ni tengok gulai pun raya nak muntah kediri. Walau macamana pun tahniah kepada semua pengantin2 baru. welcome to the world of sweet and sour....hehe....kepada Aina....nantilah, akan dijawab tag yang diberi kemudian. sebab tak sempat nih...esok kena bagi lecture kat seminar Guru Tadika lak.
Posted by hafikri at Tuesday, June 09, 2009 0 comments