buku dah baca dah sket2
Barang-barang pun dah siap kemas
jam loceng pun dah ready dah..esok kena bangun kul 3 lebih
Insya Allah saya akan bertolak daripada rumah mertua di Pulai Chondong tepat kul 4 pagi. Awal gak tu...nak buat camna..flight ke KLIA kul 6.45 pagi. Flight ke Jeddah pula pukul 4.00 petang. Agak lamalah gak kami akan berkeliaran di KLIA.
Dikesempatan ini saya ingin memohon banyak2 maaf kpd semua jika ada kesalahan yang dilakukan samada segaja atau tidak. Doakan perjalanan saya dan keluarga pergi dan balik selamat.
Monday, April 20, 2009
Umrah
Posted by hafikri at Monday, April 20, 2009 0 comments
Sunday, April 5, 2009
Sabar Separuh Daripada Iman
Apa yang berlaku last Thursday morning sungguh2 menguji kesabaran saya. For the first time in my working life, i manage to control my anger towards patient2 yang agak mengada2 ni. Selalunya saya ni jenis yang tak tahan sabar gak bila tiba2 ada orang meninggi suara dengan saya. Hari Khamis lepas jadual saya adalah Denture Day (Hari Gigi Palsu). Biasalah...kalau dah hari denture tu memang ramailah patient appointment. Nak dijadikan cerita adalah sorang patient ni (outpatient) yang datang untuk tampalan. Katanya giginya sakit. Out patient day kat klinik ni ialah pada hari Ahad & Rabu. Tapi kami terima gak outpatient hari2 kalau sakit atau emergency.
Pastu, saya dengan baik hatinya suruhlah assistant saya panggil dia masuk dulu sedangkan ada 3-4 orang lagi patient lain yang dah ada appointment sedang menunggu kat luar. Yelah...takut dia sakit ke apa. Masuk, ok lagi. Bila dah duduk atas dental chair, dia start cakap and tunjuk2 gigi yang sakit. Check2...sebatang je...lubang pun kecil lagi. Disebabkan kesian, saya offer dia untuk buat hari tu gak..tapi kenalah tunggu saya habiskan patient appointment saya dulu sebab kesianlah kat pakcik-makcik yang datang untuk temujanji tu. Bukan nak cakap terima kasih...dimarahnya saya balik....sabar lagi. bila diberitahu yang kami ada patient appointment yang sedang menunggu, dia marah balik. Tangan saya dah terketar-ketar dah...bukan sebab takut ngan dia tapi sebab menahan marah. Tak guna pun saya balas balik cakap orang macam dia tu...tak berbaloi. Last2 dia amik gak appointment date yang kami kasi...bukan senang nak berhadapan dengan kerenah orang yang macam2 ragam ni. Tapi dah keje saya macam ni...hehe....
Posted by hafikri at Sunday, April 05, 2009 2 comments
Thursday, April 2, 2009
Under Renovation
Sempena menerima kedatangan bakal ahli keluarga kami yang baru dalam beberapa bulan lagi ni, rumah kami telah mengalami sedikit renovation. Yelah...nanti takut Mek yah kena tidur kat luar lak...hehe. Orang yang paling happy sekali sudah tentunya Ucu sebab dapat bilik baru berbanding biliknya yang sekarang ni yang sekangkang kera aja tu...
bakal bilik ucu
bakal tempat masak ma yang baru
Posted by hafikri at Thursday, April 02, 2009 2 comments