Dah beberapa hari aku sembuh daripada demam yang teruk...
Lama dah tak demam sebenarnya...
last time a few months ago...dah tak ingat dah biller...
lama tak demam..tup2..bila demam teramatlah teruknya.
berat badan semakin turun dek kerana tak boleh nak makan apa2..
bukan setakat tak boleh makan...bau nasi pun dah nak muntah...
ada ala-ala macam alahan orang pregnant gitu...
benda yang boleh ditelan hanyalah biskut cracker kosong cicah air teh.
hentam ajalah sebab perut memang lapar giller...
KFC ngan McD yang dibeli oleh hubby pun tak selera nak makan...jeling macam tu je...
Tu cite minggu lepaslah...
sekarang ni dah beransur sembuh dah..
dah boleh makan nasi dah...
cuma batuk aja yang belum berhenti lagi.
Terasa betapa nikmatnya bila sihat......
Monday, October 18, 2010
recovery period
Posted by hafikri at Monday, October 18, 2010 1 comments
Tuesday, September 28, 2010
Allah Maha Penyayang
Seseorang telah mengingatkan kepada saya mengenai ujian daripada Allah Taala baru2 ni.
Sesungguhnya setelah mendengar panjang lebar nasihat & penjelasan daripada insan tersebut, saya jadi sedar dan insaf betapa kadang-kadang saya lupa yang Allah itu sentiasa Sayang dan sentiasa ada bersama-sama kita.
Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya dapat daripada insan tersebut....
Terima kasih banyak2 kepada beliau kerana telah menyedarkan saya.
Setiap manusia tidak boleh lari daripada ujian daripada Allah Taala...sepanjang hidupnya.
Jika tidak yang telah lepas, hari ini. Kalau tak hari ni, mungkin akan datang.
Ujian yang Allah beri tu dalam macam-macam bentuk tanpa kita sedari
dan tujuannya tidak lain tidak bukan kerana Allah tu teramatlah sayang kat kita semua.
Ketahuilah bahawa ujian yang Allah beri tu kepada orang yang Dia tahu orang itu boleh tanggung ujian yang diberikan. Sebab tulah Allah Maha Mengetahui.
Dia tidak akan memberikan sesuatu ujian itu kepada orang yang Dia rasa tak boleh menanggungnya.
Saya juga pernah terfikir...kenapa aku macam ni? Kenapa aku yang diberikan ujian macam ni?
Sesungguhnya kita ni dianggap khufur nikmat kalau kita sentiasa mempersoalkan ujian yang diberikan oleh Allah.
Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada.
Kita sepatutnya berasa lebih dekat dengan Allah dengan ujian yang diberikan.
Ya, Allah. betapa besarnya nikmat yang Engkau telah berikan.
Allah itu Maha Mengetahui...Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Ada hikmah disebalik apa yang berlaku....Insya Allah, kalau kita amati betul2, kita akan jumpa hikmah disebaliknya.
Hidup kita adalah untuk Allah dan bukannya untuk memuaskan hati orang lain.
Mampukah kita memuaskan hati semua orang?
Hidup kita tidak akan tenang jika semata-mata untuk memuaskan hati orang lain.
Seseorang telah menasihatkan saya...jika hati tidak tenang, rasa sedih atau ada masalah....dekatkan diri kepada Allah. Nescaya kita akan rasa hidup kita amat berharga.
Renung2kanlah.
Posted by hafikri at Tuesday, September 28, 2010 2 comments
Labels: Tazkirah
Thursday, August 26, 2010
Duit Raya RM500
Kerajaan telah mengumumkan pemberian duit raya kepada semua pesara dan kakitangan kerajaan daripada Gred 1 hingga 54.
Alhamdullillah. Rezeki sempena Syawal.
Posted by hafikri at Thursday, August 26, 2010 3 comments
Wednesday, August 25, 2010
Majlis Buka Puasa
Sekejap aja masa berlalu...
tup..tup...dah masuk pertengahan Ramadhan.
Minggu ni ramai yang buat majlis berbuka puasa.
Daripada persatuan & kumpulan hinggalah kepada orang perseorangan.
Mmg minggu ni tak payah masak sangat.
Kalau tidak tu selalu dok pikir...'nak masak apa ye hari ni??'..
Kekadang tu bila dah kehabisan idea, ulanglah menu yang sama.
Kalau masa berbuka tu oklah lagi. Buatlah apa pun ok aje.
Masa sahur yang agak susah sket.
Alhamdulillah, puasa tahun ni rasa tak letih sangat walaupun sahur ala kadar aja.
Setakat ni tak pernah lagi tak bangun sahur.
Kalau ada masalah pun, tak ingat nak tekan suis...terpaksalah menggunakan cara tradisional.
Ada gak sekali tu tersilap letak air banyak sangat...almaklum sajalah mata tengah ngantuk.
nasib baik tak jadi bubur nasi ...cuma jadi nasi impit aja...hehe.
Projek membuat biskut belum start lagi.
Baru beli bahan-bahan je. Barang2 sume dah naik.
Insya Allah, kalau tak de apa-apa projek akan bermula hujung minggu ni.
Harap-harap tahun ni dapat puasa penuh.
Belum tinggal lagi puasa ni.
Posted by hafikri at Wednesday, August 25, 2010 0 comments
Sunday, August 22, 2010
Minggu Audit Yang Memeningkan Kepala
Dah 2 minggu busy ngan audit dalam MS ISO 9001:2008.
Jadual perancangan audit yang dirancang sebelum puasa dah meleret-leret masuk dalam bulan puasa.
Semuanya sebab banyak lagi program2 lain yang bertindih.
Rasanya group aku second last group yang gi buat audit.
Penat rasanya dengan hal-hal audit ni.
Minggu ni rasa relax sket. (walaupun sebenarnya minggu ni adalah minggu on call..hehe).
Banyak lagi sebenarnya keje-keje admin yang terbengkalai...hehe
Keje ni sampai biller2 pun tak habis.
Ingat bulan puasa ni bolehlah rehat sket...
tapi sama je...patient tak ramai, tapi keje lain lak yang bertambah.
Penat tak boleh nak digambarkan...
Tiap2 hari lepas balik daripada sembahyang terawih aja terus tidur.
Yang bestnya tu letak aja kepala kat bantal, 10 saat pun dah boleh tidur.
Tulah dia rutin harian di bulan puasa.
Posted by hafikri at Sunday, August 22, 2010 7 comments
Monday, August 16, 2010
Ramadan 1431
Sudah agak lama blog ni tak diupdate....
Bukan dah kehabisan idea, tapi sejak akhir2 ni tiada kesempatan masa nak update.
Masa yang ada banyak digunakan untuk kerja dan family.
Hari ni dah masuk 5 hari umat Islam berpuasa.
Patient masa bulan puasa ni tak ramai sangat(pagi ni belum sorang pun yang turn up utk OP-Out Patient).
Petang semalam, patient appointment sorang pun tak datang.
Nampak macam relax...tapi banyak lagi kerja2 admin yang perlu dibereskan.
Tambah2 audit nak datang dalam masa yang terdekat ni.
Tulah susahnya bila dah semakin besar pangkat kita....makin banyak tugas & tanggungjawab yang perlu dibuat.
Tahun ni my dad & mom in laws gi umrah sebulan bulan Ramadhan di Mekah & Madinah.
Insya Allah, malam raya baru mereka balik.
Di rumah my mom kat Pasir Puteh pula, mek dan tok ayah akan berada di sana sehingga raya. My bro, Ucu pun ada sekali...menanam anggur..hehe.
Bazar Ramadan....tahun ni belum start pegi lagi. Malas nak berpusu-pusu ngan orang ramai.
Sahur....masak ala kadar je. Tak pun perangat (panaskan) mana yang ada sebab suamiku tak makan sangat.
Berbuka......tolak kayu ngan batu...semua boleh telan (asal halal je).
Azam tahun ni.....nak habiskan baca Al-Quran.
Moga2 Allah terima ibadat yang dilakukan pada bulan ni.
Untuk semua umat Islam, rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Berpuasa.
Posted by hafikri at Monday, August 16, 2010 0 comments
Sunday, April 4, 2010
Juara Rakyat Negeri Kelantan 2010
Hari Sabtu lepas, dengan keadaan yang baru je nak sihat daripada demam selsema, terpaksalah pulak duty untuk program khidmat bakti sempena Program Juara Rakyat. Mobile Dental Clinic telah dibawa khas daripada KP Pasir Mas untuk program ni. Kami ada buat check up dan simple treatment kepada pengunjung2 yang teringin nak naik treller mobile dental clinic secara percuma...mmg ramai giller orang yang datang...benda free, biasalah.
Nilah bagaimana rupanya treller mobile dental clinic tu. Mcm lori treller biasa je. cuma kat dalam tu ada dua dental unit.
patient tengah mendaftar kat kaunter pendaftaran
selain rawatan, pameran juga disediakan..........
Kat atas mobile.....cuba teka siapa yang bertudung pink tu...
our neighbour....medical staffs ada buat pemeriksaan kesihatan (check BP, RBS etc)
sape2 yang berminat nak derma darah..boleh derma darah....
Ada banyak lagi booth2 gerai yang lain...tak sempat nak menjelajah ke setiap gerai....satu sebab keadaan tuan empunya diri yang tak berapa sihat. Satu lagi tak de geng nak gi jalan..hehe
Posted by hafikri at Sunday, April 04, 2010 1 comments